Bellator MMA

Bellator MMA (secara rasmi Bellator Fighting Championships) ialah promoter seni bela diri campuran Amerika yang ditubuhkan pada tahun 2008 yang berpangkalan di Santa Monica, California yang dimiliki dan beroperasi sebagai anak syarikat ViacomCBS. Ini merupakan salah satu promoter sukan tempur terbesar di dunia dan terbesar kedua di Amerika Syarikat.[1] Promoter ini mengambil namanya dari bellātor, istilah Latin untuk "pejuang".Acara pertama Bellator diadakan pada 2009, dan sejak itu telah mengadakan lebih dari 200 acara setakat Disember 2019. Promoter ini menampilkan bakat-bakat terkenal diantaranya Vadim Nemkov, Ryan Bader, Gegard Mousasi, Ilima-Lei Macfarlane, Paul Daley, Lyoto Machida, Patrício "Pitbull" Freire, Quinton "Rampage" Jackson, Michael "Venom" Page, Douglas Lima, Juan Archuleta, dan Cris Cyborg.

Berkaitan